Khamis, 30 Mac 2017 - 12:58PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Nora Danish cuba nasib jadi penyanyi

Oleh Farhana Ab Rahman



Nora Danish. - Foto Amirudin Sahib

KUALA LUMPUR: Selepas lebih sedekad bergelar pelakon, Nora Danish, mencuba nasib di bidang seni suara pula dengan mempertaruhkan lagu, Ini Lagi Boom, kolaborasinya bersama penyanyi rap, Waris.

Produk kerjasama dua syarikat muzik tempatan, KRU dan Mixology Music, itu menampilkan sisi berbeza Waris dan Nora, sekali gus memberi dimensi baharu bagi kerjaya seni mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim, berkata muzik sentiasa perlu tampil dengan idea segar dan menggalakkan kerjasama antara artis walaupun berbeza syarikat rakaman.

"Amalan ini biasa dilakukan di negara barat dan kolaborasi secara perkongsian di antara syarikat rakaman tempatan memang wajar untuk memberikan kepelbagaian kepada peminat industri muzik tempatan.

"Kami berharap kerjasama seperti ini dapat memeriahkan lagi industri muzik Malaysia yang kini makin progresif," katanya menerusi kenyataan media kepada BH Online.

Sementara itu, DJ Fuzz selaku peneraju Mixology Music berkata, lagu yang dihasilkan oleh beliau, Waris dan Aziquebeats itu menepati cita rasa penggemar muzik tempatan.

"Pastinya peminat Nora tidak sabar menantikan buah tangan sulungnya sebagai penyanyi. Waris juga tampil berbeza menerusi lagu ini kerana beliau bukan sekadar menyanyi rap. Saya berharap kolaborasi ini mendapat sambutan menggalakkan," ujarnya.

Selain YouTube, lagu Ini Lagi Boom boleh dimuat turun menerusi aplikasi Spotify dan iTunes.

Waris. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Trending

    Disyorkan