Sabtu, 25 Februari 2017 - 8:32AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Piala FA: United diundi jumpa Wigan pusingan ke-4


MANCHESTER United dijadual berdepan pasukan Wigan Athletic di Old Trafford pada pusingan keempat Piala FA.

LONDON: Penyandang juara Piala FA, Manchester United dijadual berdepan pasukan dari Liga Kejuaraan, Wigan Athletic di Old Trafford pada pusingan keempat Piala FA.

Dengan undian itu, ini bermakna Warren Joyce - bekas pengurus simpanan United - bakal membuat kemunculan semula di Old Trafford selepas menyertai Wigan, November lalu.

Wigan yang beraksi di liga kedua, jelas bergelut sejak mencipta kejutan menewaskan Manchester City 1-0 di pentas final Piala FA 2013, namun kini berada di tangga kedua tercorot Liga Kejuaraan.

Liverpool, yang dikejutkan dengan keputusan seri tanpa jaringan oleh pasukan Liga Dua, Plymouth Argyle kelmarin, dijadual bertemu Wolf sekiranya mereka memenangi perlawanan timbal balik, minggu depan.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea pula dijadual melayan kunjungan pasukan Liga Kejuaraan, Brentford - pertemuan kali kedua buat kedua-dua pasukan tetangga barat London itu dalam pusingan keempat.

Juara lapan kali, Tottenham Hotspur dijadual bertemu pasukan dari Liga Dua, Wycombe Wanderers. - REUTERS


Trending

    Disyorkan