Isnin, 26 Jun 2017 - 4:56PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

96 orang hilang tempat tinggal kebakaran di Kampung Baru


KEBAKARAN di Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini, pagi tadi. - Foto Twitter bomba

KUALA LUMPUR: Seramai 96 orang dilaporkan hilang tempat tinggal dalam satu kebakaran di penempatan setinggan Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu memusnahkan dua buah rumah, namun tiada kemalangan jiwa mahu pun kecederaan dilaporkan.


KEADAAN dua rumah setinggan di Jalan Raja Alang, Kampung Bharu yang hangus terbakar awal pagi tadi. - Foto Salhani Ibrahim

Jurucakap Bomba dan Penyelamat, berkata sebanyak 10 jentera dengan kekuatan anggota seramai 41 orang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 4.32 pagi.

Katanya, ketika tiba api sedang marak bagaimanapun, dapat dikawal kira-kira sejam kemudian.

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di Jalan Raja Alang, Kampung Baru hari ini. - Foto Twitter bomba
KEADAAN dua rumah setinggan di Jalan Raja Alang, Kampung Bharu yang hangus terbakar awal pagi tadi. - Foto Salhani Ibrahim

Trending

    Disyorkan