Sabtu, 25 Mac 2017 - 11:52AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

17 pelajar, 1 guru keracunan makanan

Oleh Fairuz Zaidan dan Norhayati Zainudin



PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Keroh dikejarkan ke Hospital Melaka selepas dilaporkan mengalami keracunan makanan. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

AYER KEROH: Seramai 17 pelajar dan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Keroh di sini, dikejarkan ke Hospital Melaka selepas dilaporkan mengalami keracunan makanan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari tadi, semua mangsa dikejarkan dengan sebuah ambulans Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan dua ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Alip Dollah, berkata sejurus menerima panggilan pada jam 1.30 tengah hari, tiga anggota termasuk seorang pembantu perubatan hospital dikejarkan ke sekolah itu.

"Semua mangsa dibawa ke Hospital Melaka dan ketika ini masih dirawat di Unit Kecemasan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr Ghazali Othman ketika dihubungi, mengesahkan mengenai kejadian itu.

Katanya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar keracunan dan jenis makanan yang diambil semua mangsa.

"Semua mangsa dilaporkan stabil dan mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Melaka. Punca sebenar keracunan masih dalam siasatan," katanya.


Lagi Berita:

Trending

    Disyorkan