Jumaat, 20 Januari 2017 - 5:19AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Adenan berintegriti dan bersungguh banteras rasuah

Oleh Rohaniza Idris



ZULKIFLI Ahmad.- Foto BH

KUALA LUMPUR: Tan Sri Adenan Satem dikenali sebagai pemimpin yang mempunyai integriti, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zulkifli Ahmad.

Beliau berkata, Ketua Menteri Sarawak itu menunjukkan kesungguhan dalam meningkatkan kesedaran dan pencegahan terhadap rasuah menerusi kepemimpinannya.

"Saya mewakili SPRM mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Menteri Sarawak itu atas pemergiannya.

"Semoga roh Allahyarham Tan Sri Adenan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.