Sabtu, 25 Februari 2017 - 5:08PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Astana nafi lantik Pemangku Ketua Menteri

Oleh Mohd Roji Kawi



PEJABAT Astana Negeri.- Foto Sayang Sarawak

KUCHING: Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak menafikan pihaknya melantik mana-mana kakitangan mewakili Pejabat Astana Negeri untuk mengeluarkan kenyataan berhubung pelantikan pemangku Ketua Menteri Sarawak serta pergerakan upacara pengebumian Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Jurucakap pejabat Astana Negeri dalam kenyataan malam ini berkata, maklumat yang disebar di media sosial sejak petang tadi adalah perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menggunakan nama pejabat berkenaan untuk meraih perhatian.

"Untuk pengetahuan orang awam, Pejabat Yang di-Pertua Negeri adalah organisasi yang tidak terbabit dalam pentadbiran kerajaan negeri dan politik negeri Sarawak," katanya.

Kenyataan palsu disebarkan sejak petang tadi kononnya Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik sebagai pemangku Ketua Menteri sementara menunggu pelantikan rasmi.


Trending

    Disyorkan