Isnin, 27 Februari 2017 - 1:11AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Pewaris Samsung suspek skandal politik presiden Korea Selatan


LEE Jae-Yong. - Foto AFP

SEOUL: Pewaris Samsung, Lee Jae-Yong adalah suspek dalam siasatan skandal rasuah yang mengakibatkan Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye bakal dipecat, kata pendakwa raya hari ini.

Beliau adalah naib Presiden syarikat Samsung Electronics dan anak kepada pengerusi Kumpulan Samsung, Lee Kun-Hee.

"Kami mengambil keputusan untuk menyoal Jae-Yong pagi esok sebagai seorang suspek," kata jurucakap pasukan pendakwa khas yang menyiasat skandal itu, Lee Kyu-Chul kepada pemberita.

Skandal itu tertumpu kepada rakan rapat Park, Choi Soon-Sil yang didakwa menggunakan hubungan rapatnya dengan Presiden untuk memeras syarikat menderma berpuluh-puluh juta dolar kepada dua yayasan miliknya. - AFP


Trending

    Disyorkan