Sabtu, 25 Februari 2017 - 8:27AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

MB Terengganu ke Sarawak beri penghormatan terakhir

Oleh Baharom Bakar



AHMAD Razif Abd Rahman. - Foto Yazit Razali

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan ke Sarawak, esok untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia, tengah hari tadi.

Ahmad Razif berlepas ke ibu negara menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sebentar tadi dan ke Sarawak pagi esok.

Tengah hari tadi, Ahmad Razif yang mewakili kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu merakamkan ucapan takziah atas pemergian Adenan.

Ahmad Razif dijangka berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pagi esok.


Trending

    Disyorkan