Sabtu, 25 Februari 2017 - 5:09PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Aplikasi 'Visit Pahang' sedia maklumat pelancongan

Oleh Shahrinnahar Latib



PENGERUSI Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (tiga kiri) melancarkan aplikasi 'Visit Pahang' di sini. - Foto Shahrinnahar Latib

KUANTAN: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin , sebentar tadi melancarkan aplikasi percuma 'Visit Pahang' untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negara.   

Beliau berkata, ia adalah inisiatif pihaknya dalam menyediakan  maklumat secara menyeluruh termasuk penginapan, produk pelancongan, restoran dan kafe serta pengangkutan  berkaitan sektor pelancongan di negeri ini. 

Katanya,  aplikasi berkenaan yang dibuat sempena Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017,  bertujuan memudahkan pelancong dalam dan luar negara untuk mendapatkan maklumat di hujung jari.  

Mohd Sharkar berkata, aplikasi itu  boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store dengan carian 'Visit Pahang'.   

"Aplikasi ini  menyenaraikan aktiviti-aktiviti menarik, destinasi pelancongan, tempat makan popular dan lokasi penginapan untuk kemudahan kepada pelancong," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan, di sini, sebentar tadi. 

Beliau berkata, kerajaan negeri berharap dengan adanya aplikasi itu memudahkan percutian pelancong sepanjang berada di Pahang.  

"Kita juga yakin usaha ini dapat meningkatkan pendapatan kerajaan negeri dengan jumlah pelancong yang bertambah dan seterusnya menaikkan nama Pahang ke peringkat antarabangsa," katanya.


Lagi Berita:

Trending

    Disyorkan