Selasa, 25 April 2017 - 8:40PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Najib, isteri ziarah jenazah Adenan

Oleh Hardi Effendi Yaacob



DATUK Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba untuk memberi perhormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Damai Jaya, Santubong. - Foto Aizuddin Saad

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di sini sebentar tadi untuk menziarahi jenazah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Ketibaan beliau yang diiringi isteri, Datuk Seri Rosmah Mansor disambut Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian.

Turut mengiringi Najib ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Najib dan isteri kemudian dilihat meninggalkan Bilik Kenamaan LTAK menuju ke kediaman Ketua Menteri di Damai Jaya, Santubong untuk menziarahi keluarga Adenan.

Esok, Perdana Menteri dan isteri dijadualkan menghadiri majlis penghormatan terakhir terhadap Adenan di Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya pada jam 10.30 pagi esok sebelum mengiringi jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya selepas solat Zuhur.

DATUK Seri Najib Tun Razak menyembahyangkan kepada jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Damai Jaya, Santubong. - Foto Aizuddin Saad

Trending

    Disyorkan