Sabtu, 25 Februari 2017 - 8:36AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Perdana Menteri tiba di kediaman Adenan

Oleh Mohd Roji Kawi


SANTUBONG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di kediaman Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Damai Jaya, di sini, tepat jam 11.50 malam ini.

Beliau turut diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama tetamu menunaikan solat jenazah yang diimamkan oleh Dr Juanda Jaya ketika hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Damai Jaya, Santubong. - Foto NSTP/Aizuddin Saad


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaminkan doa semasa menziarahi jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Damai Jaya, Santubong. - Foto NSTP/Aizuddin Saad


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Openg. untuk memberi perhormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Damai Jaya, Santubong. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Setibanya di kediaman Allahyarham, beliau disambut oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Openg.

Najib dan isteri dijadualkan menghadiri majlis penghormatan terakhir terhadap Adenan di Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya pada jam 10.30 pagi esok.

Beliau kemudian dijadual mengiringi jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya selepas Solat Zuhur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba untuk memberi perhormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Damai Jaya, Santubong. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Trending

    Disyorkan