Sabtu, 25 Februari 2017 - 5:10PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

6 mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan

Oleh Farah Suhaidah Othman



SPA hotel yang menjalankan kegiatan pelacuran di Jalan Raja Dihilir diserbu sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak. Dalam serbuan itu Polis menyelamatkan enam wanita tempatan dipercayai dipaksa menjadi mangsa pemerdagangan manusia. - Foto Farah Suhaidah Othman

IPOH: Polis menyelamatkan enam wanita tempatan yang dipercayai dipaksa menjadi mangsa pemerdagangan manusia di spa di sebuah hotel di Jalan Raja Dihilir, semalam.  

Dalam operasi pada jam 3.15 petang itu, dua wanita tempatan berusia 24 dan 54 tahun dipercayai penjaga premis turut ditahan.  

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata, operasi yang dijalankan sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu menyelamatkan enam wanita berusia lingkungan usia 20 hingga 40 tahun yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia. 

"Hasil serbuan itu, polis merampas beberapa barang termasuk 292 keping kondom, 10 telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM1,859 dan minyak pelincir serta kertas jadual kerja dan pembayaran wang dipercayai digunakan dalam kegiatan pelacuran," katanya ketika dihubungi di sini malam ini. 

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. 


Trending

    Disyorkan