Khamis, 25 Mei 2017 - 1:40AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Rakyat sayang Adenan

Oleh Mohd Roji Kawi



PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berbual dengan Puan Sri Jamilah Anu ketika menziarahi jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Demak Jaya. Turut kelihatan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein (dua dari kanan). - Foto NSTP/Aizuddin Saad

SANTUBONG:  Kesederhanaan yang menjadi amalan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem meyakinkan rakyat untuk terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sikap Adenan yang amat disenangi itu membuatkan rakyat bukan sahaja memberi sokongan padu kepada beliau malah keseluruhan parti BN.

"Kemuncak rasa sayang rakyat terhadap beliau dibuktikan pada pilihan raya negeri yang lalu apabila BN Sarawak menang dengan cukup cemerlang.

"Dalam tempoh beliau menjadi Ketua Menteri, banyak perubahan yang dilakukan terhadap Sarawak dan rakyatnya," katanya ketika ditemui selepas menziarahi Allahyarham Adenan di kediamannya di Damai Jaya, di sini, sebentar tadi.

Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa selamat 35 minit bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham.

Beliau berkata, negara kehilangan pemimpin berwibawa seperti Adenan dan secara peribadi beliau kehilangan rakan akrab yang sentiasa bersama ketika susah dan senang.

"Saya akan tetap kenang beliau sebagai seorang sahabat," katanya yang beredar ke hotel penginapannya pada jam 12.25 tengah malam.


Trending

    Disyorkan