Jumaat, 24 Mac 2017 - 6:12PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

2 import TRW belum lulus ujian kecergasan: Annuar

Oleh Hasbullah Ibrahim



PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa. - Foto Nazran Jamel

KOTA BHARU: Dua pemain import Kelantan masih belum melepasi ujian kecergasan bagi membolehkan mereka mewakili skuad The Red Warriors (TRW) musim ini, kata Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Bekas Presiden KAFA itu menyatakan perkembangan terbaru berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya, sebentar tadi.

Berikut kenyataan penuh Annuar: "Seperti yg kita minta bahwa pemain import mesti melepasi 3 syarat termasuk lulus ujian ujian dan di terima ketua jurulatih..

"Difahamkan dua masih sangkut..sememangnya pemeriksaan mesti ketat termasuk wajib melalui kajian/ujian "MRI"...utk detect kecederaan "tersembunyi"..

"Yang tak lulus tetap tidak boleh di tandatangani pendaftaran.Harus Tegas,".

Annuar yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagaimanapun tidak menyatakan identiti dua pemain import terbabit.

Musim ini, Kelantan menyenaraikan Mohamed Ghaddar, Cedric Djeugoue, Okikiola Afolabi dan Margaro Gomis untuk mengisi kuota pemain import TRW.


Infografik

Trending

    Disyorkan