Selasa, 27 Jun 2017 - 1:14AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Petrol naik 20 sen, diesel pula 10 sen

Oleh Siti Azila Alias



Tinjauan di beberapa buah stesen minyak mendapati orang ramai masih mengisi minyak petrol seperti biasa berikutan tularan (viral) mengenai kenaikan harga minyak petrol menjelang 1 Februari di laman sosial semasa tinjauan di Seberang Jaya, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak 20 sen bagi bulan Februari.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz mengesahkan bermula tengah malam ini, harga RON95 ialah RM2.30 seliter.

Ini adalah peningkatan sebanyak 20 sen berbanding harga pada Januari.

Harga RON97 pula akan dijual pada harga RM2.60 sen seliter iaitu kenaikan 20 sen dari Januari lalu.

Selain itu, harga diesel pula akan dijual pada harga RM2.15 seliter iaitu kenaikan 10 sen manakala diesel Euro 5 pula dijual pada harga RM2.25, kenaikan sebanyak 10 sen.

Kenderaan memasuki stesen minyak untuk mengisi minyak petrol ketika tinjauan di stesen Petron di Gelang Patah. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
Tinjauan di beberapa buah stesen minyak mendapati orang ramai mengisi minyak petrol seperti biasa walaupun harga minyak petrol menjelang 01 Februari akan naik sebanyak RM0.20 bagi RON95 dan RON97 menjadi RM2.30 dan RM2.60 per liter manakala naik sebanyak RM0.10 bagi Diesel menjadi RM2.15 semasa tinjauan di Seberang Jaya, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Trending

    Disyorkan