Selasa, 25 April 2017 - 10:34PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Abang tiri Presiden Korea Utara mati dibunuh di KLIA

Oleh Safeek Affendy Razali



Kim Jong nam mati selepas kepalanya diserkup dengan kain mengandungi cecair, di KLIA, pagi semalam. - Foto fail AFP

KUALA LUMPUR: Kim Jong nam, abang tiri kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong Un, mati selepas kepalanya diserkup dengan kain mengandungi cecair, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, Jong nam dilaporkan sedang berada di satu sudut di balai berlepas KLIA, untuk menaiki penebangan ke Macau selepas tiba ke Malaysia sejak 6 Februari lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata ketika kejadian, seorang wanita dilaporkan menghampiri mangsa sebelum menyerkup kepalanya dengan kain yang mengandungi cecair sebelum menghilangkan diri.

"Jong nam yang mengalami pedih mata kemudian mendapatkan bantuan di kaunter KLIA sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal ketika dalam perjalanan, " katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.


Trending

    Disyorkan