Isnin, 27 Februari 2017 - 1:13AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Rooney, Carrick, Jones tak disenarai jumpa Saint-Etienne


DARI kiri: Michael Carrick, Phil Jones dan Wayne Rooney tidak akan beraksi dalam saingan Liga Europa menentang Saint-Etienne pada awal pagi Jumaat ini.

MANCHESTER: Kapten pasukan Wayne Rooney, Michael Carrick dan Phil Jones tidak akan beraksi dalam saingan Liga Europa menentang Saint-Etienne pada awal pagi Jumaat ini (waktu Malaysia), umum Jose Mourinho, sebentar tadi.

Jones tidak beraksi sejak mengalami kecederaan kaki ketika United terikat 0-0 dengan Hull City sebelum ini, manakala Rooney dan Carrick menurut Mourinho akibat 'masalah kecil pada otot'.

Tiga pemain kebangsaan England itu tidak menyertai latihan persiapan di Kompleks Latihan AON United di Barat Manchester, semalam.

"Phil masih dalam proses pemulihan daripada masalah kecederaan," kata Mourinho menjelang perlawanan 32 kelompok terbaik Liga Europa.

"Wayne dan Carrick saya tak boleh kata 'cedera' kerana saya tak fikir kita menyentuh mengenai isu kecederaan. Kita bercakap mengenai masalah otot dan perlindungan kepada masalah ini.

"Jadi ketiga-tiganya akan tersisih esok manakala selebihnya kekal," katanya. - AFP


Trending

    Disyorkan