Sabtu, 24 Jun 2017 - 9:57PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

MAIPk sedia RM3 juta program perkasa ekonomi asnaf

Oleh Balqis Jazimah Zahari



Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK),Dr Amiruddin Muhamed (tiga kanan depan) beramah mesra bersama penerima sijil mentor-mentee MAIPK di Kompleks Islam. - Foto NSTP/Effendy Rashid

IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperuntukkan perbelanjaan mencecah RM3 juta bagi pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Amiruddin Muhamed berkata, peruntukan itu lebih tinggi berbanding RM2.9 juta tahun lalu dan RM1.9 juta pada tahun 2015.

Katanya, melalui peruntukan itu pelbagai program dirancang seperti Program Mentor Mentee dan Business Enterprenuer Asnaf MAIPk (BEAM) bagi mengeluarkan golongan berkenaan daripada kemiskinan.

"Program sehingga kini berjaya melahirkan 10 usahawan yang mempunyai produk dan jenama sendiri, selain mencapai pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.

"Pada masa hadapan, MAIPk merancang untuk mengembangkan lagi program ini (Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf) kepada kelompok asnaf yang pelbagai dan lebih khusus," katanya selepas merasmikan Majlis Graduasi Usahawan Asnaf MAIPk yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Belia Islam (KBI), Azman Mohd Salleh di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini, hari ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK),Dr Amiruddin Muhamed (tiga kanan depan) menyampaikan sijil mentor-mentee MAIPK kepada Arnie Sariana Mohd Sabri di Kompleks Islam. - Foto NSTP/Effendy Rashid

Berkenaan majlis hari ini, Amiruddin berkata, seramai 37 peserta menerima sijil anugerah Program Mentor Mentee selepas berjaya menamatkan latihan selama enam bulan dengan dipantau MAIPk dan KBI.

Sementara itu, peserta program, Nur Aishah Md Noor, 47, berkata program itu memberi manfaat besar kepadanya apabila berjaya meningkatkan taraf kehidupan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM4,000.

"Saya sebelum ini hampir berputus asa apabila dilanda masalah dan kehilangan perniagaan. Syukur, program ini memberi sinar baharu dalam kehidupan saya dan suam apabila hasil perniagaan baharu jualan soya kami meningkat sehingga kini meraih pendapatan RM4,000 sebulan," katanya.


Lagi Berita:

Trending

    Disyorkan