Ahad, 26 Mac 2017 - 10:51PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Dapat rumah baharu

Oleh Fitri Nizam



PENGERUSI Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib (enam dari kanan) bergambar bersama penduduk pada majlis Penyerahan Kunci Rumah Program Bantuan Rumah (PBR) Wilayah Ketengah di Kampung Pela, Ajil, Hulu Terengganu. Turut bersama, Pengurus Bahagian Kesejahteraan Rakyat KETENGAH, Asnawi Mohd Amin (kiri). - Foto Ghazali Kori

KUALA BERANG: Lapan penduduk di tiga kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, menerima rumah yang dibina menerusi Program Bantuan Rumah (PBR) oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), hari ini.

Projek bernilai RM320,000 itu dimulakan Ogos tahun lalu dan siap sepenuhnya untuk didiami penduduk terpilih iaitu Mohd Yusof Mamat, 41; Mohamad Napiah Harun, 42; Wan Zakaria Wan Mohamed, 45; Yuslan Yusof, 51; Saprah @ Aida Yusuf, 41; Mazalam Liah, 46; Abdul Aziz Jusoh, 56 dan Mohd Kaharuddin Masrud, 44.

Pengurus Bahagian Kesejahteraan Rakyat KETENGAH, Asnawi Mohd Amin, berkata PBR adalah antara program Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam menyediakan bantuan kewangan serta pengurusan bagi kumpulan sasar.

"Setiap unit berharga RM40,000 dan menerusi program sama, KETENGAH menyediakan khidmat membaik pulih rumah penduduk dengan kos RM11,000.

"Sebanyak 16 rumah di sekitar DUN Ajil sudah dibaik pulih sepenuhnya dengan kos RM176,000," katanya ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah PBR, di Kampung Pela, di sini, hari ini.

Majlis penyerahan kunci rumah PBR itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil.

Asnawi berkata, sebanyak 254 buah rumah baharu dibina dari 2010 hingga tahun lalu manakala 868 rumah dibaik pulih menerusi program PBR dengan kos RM21 juta di daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.


Lagi Berita:

Trending

    Disyorkan