Selasa, 25 April 2017 - 8:41PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Tiada rakyat Malaysia terbabit kekejaman di Sindh

Oleh Luqman Arif Abdul Karim


KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden di Sindh, Pakistan yang sehingga kini mengorbankan sekurang-kurangnya 70 nyawa dan mencederakan 250 orang.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata bagaimanapun pergolakan di daerah berkenaan akan terus dipantau Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad dan Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi.

"Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam yang berlaku di Sindh, semalam, iaitu lanjutan daripada siri serangan pengganas di beberapa bandar utama seperti Lahore, Quetta dan Peshawar sejak 13 Februari lalu.

"Kita amat dengan tindakan keganasan yang tidak berasas ini yang telah mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa, selain menyebabkan kecederaan kepada penduduk lain.

"Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab terhadap jenayah ini akan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya, hari ini.

Malaysia turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Islam Pakistan dan keluarga mangsa yang terbabit dalam insiden berkenaan.


Trending

    Disyorkan