Isnin, 27 Februari 2017 - 1:18AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Saham dunia mula diniagakan rendah


- Gambar hiasan

LONDON: Pasaran saham dunia jatuh mendadak hari ini, menjejaki sesi kurang memberangsangkan di Asia dan selepas kenaikan di Wall Street yang dicetuskan oleh Donald Trump berakhir.

Pasaran saham Eropah diniagakan lebih rendah dengan sentimen di London juga dijejaskan oleh penurunan jualan runcit.

Indeks Asia kebanyakannya merosot apabila pelabur mengambil untung selepas kenaikan kukuh sejak minggu lalu.

New York ditutup bercampur-campur semalam selepas rekod tertinggi lima hari berturut-turut akhirnya mula menunjukkan isyarat kelemahan.

Saham di seluruh dunia meningkat ketara sejak Presiden AS itu minggu lalu menjanjikan pakej pembaharuan cukai 'luar biasa' tidak lama lagi, meningkatkan harapan beliau akan meneruskan rancangan untuk membangkitkan ekonomi AS.

Kenyataannya menjadi pencetus kepada semua tiga indeks utama Wall Street mencecah rekod tertinggi lima hari berturut-turut, sambil disokong penilaian memberangsangkan Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen terhadap tinjauan ekonomi AS sambil membayangkan kadar faedah akan dinaikkan Mac ini. - AFP


Trending

    Disyorkan