Jumaat, 26 Mei 2017 - 8:52PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Wall Street tunggu isyarat baharu dasar ekonomi AS

NEW YORK: Pasaran hadapan indeks saham Amerika Syarikat (AS) susut buat hari kedua berturut-turut hari ini, selepas mencatatkan rekod baharu beberapa hari berturut-turut di Wall Street.

Pelabur masih menunggu butiran lebih jelas mengenai dasar ekonomi dan juga menjelang cuti hujung minggu.

Indeks S&P 500 meningkat kira-kira lima peratus setakat tahun ini, dengan Dow Jones Industrial Average menokok empat peratus, khususnya berikutan pelbagai isyarat peningkatan ekonomi dan janji oleh Presiden Donald Trump untuk memotong cukai korporat serta melonggarkan kawal selia kewangan.

Dengan musim laporan kewangan suku keempat hampir selesai, ramai pelabur berkata mereka mahu isyarat kukuh daripada Trump untuk memberikan justifikasi ke atas lebih banyak keuntungan.

Indeks e-mini Dow susut 40 mata atau 0.19 peratus, dengan 23,975 kontrak bertukar tangan.

Indeks e-mini S&P 500 susut 4.5 mata atau 0.19 peratus, dengan 116,905 kontrak diniagakan.

Indeks e-mini Nasdaq 100 jatuh 6.25 mata, atau 0.12 peratus, berjumlah 21,148 kontrak. - Reuters

Saham Amerika Syarikat. - Foto hiasan

Trending

    Disyorkan