Selasa, 25 April 2017 - 10:43PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Lintas langsung pengundian dan keputusan PRK Tanjong Datu

BERIKUT laporan langsung yang dibawa wartawan dan kru Berita Harian Online (BH Online) di beberapa pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu dan pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Masyarakat Lundu, Sarawak.

8 malam: Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

7.57 malam: Keputusan rasmi diumumkan Pengurus Pilihan Raya, Hamsien Atar.

7.02 petang: Wakil calon Barisan Nasional, Azizul Annuar Adenan tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu.

6.28 petang: Petugas SPR, membawa masuk peti undi ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu.

6.03 petang: Jumlah peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu, berkurang dua peratus atau 68 peratus keluar mengundi membabitkan 6,827 pengundi daripada jumlah keseluruhan 9,953 pengundi berdaftar di kawasan ini

5.42 petang: Anggota polis menutup pintu pagar di SK Bumiputera menandakan tamatnya tempoh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Tanjong Datu.


ANGGOTA polis menutup pintu pagar di SK Bumiputera menandakan tamatnya tempoh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Tanjong Datu. - Foto Luqman Hakim Zubir

5.10 petang: Saluran pengundian di Sekolah Kebangsaan Stunggang Melayu, Sekolah Rendah Bantuan (SRB) Chung Hua dan Seling mempunyai 4,149 pengundi berdaftar.

5.06 petang: Tiga saluran pengundian terakhir pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu, di Sekolah Kebangsaan Stunggang Melayu, Sekolah Rendah Bantuan (SRB) Chung Hua dan Seling ditutup pada jam 5 petang tadi.

3.46 petang:Petugas SPR, memeriksa sebahagian peti undi yang tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil DUN Tanjong Datu di dewan Masyarakat Lundu. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR


3.22 petang: Jumlah peratusan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu berkemungkinan melebihi jumlah keluar mengundi di kawasan sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11, Mei lalu, iaitu 70 peratus.

3.15 petang: Peratus keluar mengundi setakat jam 3 petang adalah 67 peratus - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

3.04 petang: 'Prestasi' calon Parti Reformasi Negeri (STAR), Johnny Aput, dilihat lebih baik selepas merekodkan hanya satu saluran mengundi sahaja beliau tidak mendapat undi iaitu di Telok Melano, selain beliau meraih satu undi sahaja di saluran Stoh.

3.02 petang: Calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Rapelson Richard Hamit, langsung tidak memperoleh undi di empat saluran iaitu Telok Melano, Perigi, Bajo dan Stoh.

2.59 petang: Calon Barisan Nasional (BN), Puan Sri Jamilah Anu, menguasai 88 hingga 100 peratus undi di enam saluran mengundi. Beliau memperoleh undi 100 peratus di saluran Telok Melano.

1.32 petang: Peratus keluar mengundi setakat jam 1 tengah hari adalah 61 peratus - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

12.45 tengah hari: Peratusan keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari adalah 56 peratus - SPR

12 tengah hari: Pusat Pengundian Dewan Masyarakat Rambongan ditutup secara rasmi.

12 tengah hari: Pusat pengundian SK Stoh ditutup secara rasmi.

11.41 pagi: Peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi adalah 47 peratus - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

11.15 pagi: Pengundi terus memasuki pusat pengundian SK Stoh walaupun akan ditutup sebentar lagi.

10.46 pagi: Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Openg, tiba di pusat pengundian di Sekolah Rendah Bantuan (SRB) Chung Hua bagi meninjau proses pembuangan undi.


KETUA Menteri, Datuk Amar Abang Johari Openg, tiba di pusat pengundian di Sekolah Rendah Bantuan (SRB) Chung Hua bagi meninjau proses pembuangan undi.

10.37 pagi: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah memberitahu perkembangan proses pengundian PRK Tanjong Datu kepada wartawan.

10.24 pagi: Peratusan keluar mengundi setakat jam 10 pagi berjumlah 34 peratus.

10.07 pagi: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, tiba di pusat pengundian di Sekolah Rendah Bantuan (SRB) Chung Hua.

9.37 pagi: Wakil calon Barisan Nasional (BN), Azzizul Annuar Adenan(berbaju merah jambu), tiba bagi meninjau proses pengundian di Sekolah Rendah Bantuan (SRB) Chung Hua, Lundu.


WAKIL calon Barisan Nasional (BN), Azzizul Annuar Adenan (berbaju merah jambu), tiba bagi meninjau proses pengundian di Sekolah Rendah Bantuan (SRB) Chung Hua, Lundu.

9.25 pagi: Keadaan trafik di Lundu terkawal dengan pengundi berjalan kaki menuju ke pusat pengundian, berbanding menggunakan kereta. Jalan di kawasan lundu adalah kecil dan mampu menyebabkan kesesakan teruk jika ada kereta diparkir di tepi jalan.

9 pagi: Suasana di pusat pengundian SK Stunggang Melayu semakin sibuk dengan peningkatan bilangan pengundi

8.53 pagi: Sim Thuan Choo, 72, dan anak angkatnya, Lee Mong Na, 45, selesai mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua, Lundu

8.30 pagi: Ganing Liheng, 84, menunjukkan jari telunjuk selepas mengundi di Saluran SK Bumiputera sempena Pilihan Raya Kecil DUN Tanjong Datu.

8.20 pagi: Pengundi tertua, Rakiah Wahi, 85 mengundi di SK Stunggang Melayu.


SEBAHAGIAN daripada pengundi mmenyemak nama untuk mengundi di pusat mengundi SK Stunggang Melayu sempena Pilihan Raya Kecil DUN N0.3 Tanjong Datu. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

8.15 pagi : Sebahagian daripada pengundi menyemak nama di pusat mengundi SK Stunggang Melayu.

8.10 pagi: Panchi Mail, 78, yang mengalami sakit kaki selesai mengundi.


SEBAHAGIAN daripada pengundi menyemak nama dan beratur di saluran mengundi di SK Bumiputera sempena Pilihan Raya Kecil DUN Tanjong Datu. - Foto Luqman Hakim Zubir

8.06 pagi:Sebahagian daripada pengundi menyemak nama dan beratur di saluran mengundi di SK Bumiputera sempena Pilihan Raya Kecil DUN Tanjong Datu.


PENGHULU Ibrahim Suni, 68, menjadi pertama menunaikan tanggungjawab di SK Stunggang Melayu. - Foto NSTP

8.03 pagi: Penghulu Ibrahim Suni, 68, menjadi pertama menunaikan tanggungjawab di SK Stunggang Melayu.

8 pagi: Semua pusat pengundian dibuka.


SEBAHAGIAN daripada pegundi mulai beratur di luar pusat mengundi SK Stunggang Melayu sempena Pilihan Raya Kecil DUN N0.3 Tanjong Datu. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

7.53 pagi: Sebahagian daripada pengundi mulai beratur di luar pusat mengundi SK Stunggang Melayu sempena Pilihan Raya Kecil DUN N0.3 Tanjong Datu


Trending

    Disyorkan