Sabtu, 27 Mei 2017 - 9:57PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Balai Pelepasan klia2 ditutup bagi operasi kesan bahan kimia

Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Noor Atiqah Sulaiman


SEPANG: Sebahagian ruang legar di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini, ditutup bermula jam 11 malam tadi bagi operasi bersepadu untuk mengesan bahan kimia toksik dan berbahaya di lapangan terbang ini.

Operasi oleh Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Badan Pelesenan Kuasa Atomik (AELB) Malaysia dilakukan berikutan penemuan bahan kimia yang digunakan untuk membunuh Kim Jong-nam dikenal pasti sebagai Agen Saraf VX, baru-baru ini.

Kira-kira 100 petugas media tempatan dan antarabangsa mula memenuhi balai pelepasan di sini sejak jam 11 malam tadi.

Penumpang dan pelawat yang melalui kawasan ini diminta menggunakan laluan alternatif yang disediakan.

Difahamkan, operasi ini akan berlangsung selama kira-kira dua jam bermula jam 1 pagi ini.

OPERASI bersepadu dijalankan di klia2 selepas laporan awal mendedahkan bahan kimia yang digunakan untuk membunuh Kim Jong-nam dikenal pasti sebagai Agen Saraf VX. - Foto Mohd Fadli Hamzah
BALAI Pelepasan klia2 ditutup bermula jam 11 malam tadi. - Foto Mohd Fadli Hamzah
SEBAHAGIAN daripada media tempatan dan antarabangsa berkumpul di Balai Pelepasan klia2 bagi membuat liputan operasi bersepadu untuk mengesan bahan kimia dikenal pasti sebagai Agen Saraf VX yang digunakan untuk membunuh Kim Jong-nam. - Foto Mohd Fadli Hamzah
OPERASI ini berlangsung selama kira-kira dua jam. - Foto Mohd Fadli Hamzah
OPERASI bermula awal pagi membabitkan pasukan dari Makmal Forensik PDRM bersama pasukan HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Trending

    Disyorkan