Selasa, 27 Jun 2017 - 1:30AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

JPA akan teliti dakwaan berkaitan gaji pensyarah

Oleh Ruwaida Md Zain



DATUK Seri Zainal Rahim Seman (dua kiri) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya (kiri) menyampaikan cenderamata kepada kontijen yang bertanding pada majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan MAKSAK 2017 di Dewan Jubli Perak Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneliti semula semua isu berhubung dakwaan skim gaji 35,000 pensyarah Universiti Awam (UA) yang tidak diperbaharui sejak 15 tahun lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata, sebelum sistem saraan Malaysia sedia ada diperkenalkan dahulu, pihak JPA sudah membuat kajian terperinci mengenai gaji pensyarah.

"Kita akan lihat semula apa yang dimaksudkan oleh pihak yang menyatakan sedemikian. Kita akan teliti semula bagi melihat kelemahan isu-isu yang dibangkitkan," katanya selepas menyempurnakan Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Karnival Sukan Maksak Malaysia di sini, hari ini.

Hari ini, BH menyiarkan kenyataan Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin yang mendakwa pensyarah seolah-olah kurang diberikan perhatian berbanding guru yang sering menikmati pelbagai insentif baharu.

Beliau dilaporkan berkata, kualiti perkhidmatan lebih 35,000 pensyarah UA di negara ini dikhuatiri terjejas apabila skim perkhidmatan dan gaji tidak berubah sejak 15 tahun lalu, malah ketinggalan berbanding penjawat awam lain.


Trending

    Disyorkan