Sabtu, 27 Mei 2017 - 9:59PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Najib hubungi Kaunselor Kedutaan Malaysia di Pyongyang

Oleh Nazura Ngah; Mohd Nasaruddin Parzi dan Faris Fuad



NAJIB ketika bercakap melalui perbualan telefon bersama Mohd Nor Azrin di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi membuat panggilan telefon kepada Kaunselor Kedutaan Malaysia di Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain.

Panggilan telefon yang berlangsung selama kira-kira dua minit itu dibuat Perdana Menteri bagi mendapatkan sendiri perkhabaran pegawai dan kakitangan kedutaan Malaysia di sana yang dihalang keluar dari Pyongyang sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, hanya media rasmi saja dibenar membuat liputan pada sesi ringkas itu.

Najib juga dijadual mengadakan pertemuan dengan semua Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) sebentar lagi bertempat di bangunan Parlimen.

Bagaimanapun, sebahagian KSU yang ditemui tidak mengetahui agenda yang akan dibincangkan dalam pertemuan mengejut itu.


Trending

    Disyorkan