Sabtu, 27 Mei 2017 - 10:01PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Trauma gabung enam pelakon 'hangat'

Oleh Zaidi Mohamad



Datuk Sheila Majid (dua dari kiri) bersama Pengarah Eksekutif Pemuliharaan Belum, Ahmad Khalif Mustapha Kamal (dua dari kanan), Pengarah Eksekutif Emkay Group, Datuk Fazwinna (kiri), dan CEO Pulau Banding Foundation, Datuk Rashid Abdul Malik (kanan) merasmikan majlis sidang media konsert Datuk Sheila Majid di Menara Mustapha Kamal. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KUALA LUMPUR: JS Pictures Sdn Bhd mengangkat idea penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai telefilem berjudul Trauma yang kini dipertandingkan dalam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL) pada 9 April depan.

Mendapat sentuhan Azman Yahya atau Jinggo selaku pengarah, cerita berkisar pergelutan jiwa gadis psiko itu bakal menggabungkan enam pelakon popular termasuk Janna Nick, Zara Zya, Saharul Ridzwan, Dayana Roza, Raja Afiq serta Idris Khan.

Penerbitnya, Sheila Rusly berkata, projek Trauma itu dianggap sebagai sokongan dan penghargaan terhadap usaha TV3 menganjurkan anugerah khusus buat pembikin serta karyawan dalam penerbitan drama.

"Boleh dikatakan Trauma direalisasikan bukan berpaksikan keuntungan. Projek ini antara cara kami berterima kasih kepada penganjur. Sepanjang 10 tahun JS Pictures ditubuhkan, TV3 sentiasa menyokong kami. Malah naskhah cerita ini pun diterima ketika sesi jelajah DFKL.

"Asalnya ia dibentangkan pelajar UiTM, Lendu. Saya berminat mengembangkan ceritanya selepas mendapat lampu hijau dan bersama Jinggo kami mencipta kelainan dengan mengumpulkan pemenang pemenang DFKL musim lalu seperti Janna dan Saharul," katanya.

Sheila berkata, pihaknya menyerapkan nama Raja Afiq dalam senarai pelakon kerana kerjaya seninya juga bermula daripada anugerah sama kecuali Dayana Roza dan Idris Khan.

"Trauma unik kerana seperti dirancang, pelakonnya adalah mereka yang menyerlah dalam DFKL sebelum ini. Mereka juga sudah biasa bekerja dengan produksi saya melainkan Zara Zya.

"Dapat mengumpulkan enam bintang muda popular ini juga bukan mudah kerana masing-masing hangat di pasaran. Syukur akhirnya projek ini terlaksana," ulasnya yang tidak sabar menanti reaksi penonton.

Trauma bakal disiarkan menerusi slot Cerekarama di TV3, malam esok.


Trending

    Disyorkan