Ahad, 26 Mac 2017 - 3:45AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Terus bela Bumiputera: PM

Oleh Abdul Razak Raaff dan Nik Sukry Ramli


BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus komited memastikan nasib Bumiputera terbela di negara ini.

Beliau berkata, program seperti Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017 tidak mungkin diadakan andai pembangkang memerintah Malaysia.

"Kita (kerajaan) konsisten dalam menjaga kebajikan semua rakyat, terutamanya golongan Bumiputera, usaha melalui program JPB 2017 ini adalah bukti jelas kerajaan ingin memastikan tidak ada pelajar Bumiputera yang layak ke institusi pengajian tinggi (IPT) tercicir kerana masalah seperti kemiskinan.

"Jangan harap program seperti ini akan diadakan jika pembangkang memerintah, jika DAP memerintah, tidak mungkin mereka akan buat program ini," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017, di Padang Majlis Daerah Bera, di sini, hari ini.

Kira-kira 15,000 penduduk sekitar dan generasi muda hadir pada majlis itu.


NAJIB hadir pada Majlis Pelancaran Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017, di Padang Majlis Daerah Bera, di Bera, hari ini. - Foto Farizul Hafiz Awang

Pada majlis sama, Najib melancarkan aplikasi JPB4U bagi memudahkan pelajar mendaftar untuk menyertai program berkenaan.

Yang turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Induk JPB 2017, Profesor Emiritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan Bank Rakyat menyediakan peruntukan berjumlah RM3 juta bagi pembiayaan kira-kira 2,000 pelajar tidak berkemampuan yang layak melanjutkan pengajian ke IPT.


Trending

    Disyorkan