Selasa, 25 April 2017 - 10:53PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Nicol tamat penantian 15 bulan


RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menjuarai Kejohanan Ciudad de Floridablanca selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), Olivia Blatchford 11-3, 11-4, 11-8 di Colombia, hari ini. - Foto FB Skuasy Colombia **258968

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menamatkan penantian 15 bulan tanpa sebarang kejuaraan, selepas memastikan mahkota kejuaraan Kejohanan Ciudad de Floridablanca di Colombia, awal pagi tadi.

Di final, bekas pemain nombor satu dunia itu menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), Olivia Blatchford 11-3, 11-4, 11-8.

Ia adalah kejuaraan pertama sejak kali terakhir memenangi Terbuka Hong Kong pada Disember 2015.

Nicol yang kini berada ranking ketujuh dunia selain juara dunia lapan kali kini dalam persiapan untuk Terbuka British di Hull pada 22 Mac ini.

Beliau menjuarai Terbuka British lima kali, pada 2014 kali terakhir.

RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menjuarai Kejohanan Ciudad de Floridablanca di Colombia, hari ini. - Foto FB Skuasy Colombia

Trending

    Disyorkan