Rabu, 26 April 2017 - 2:41AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Jangkaan tinggi pembelian hartanah

Oleh Ryan Thoo Foo Joe

HASIL daripada kaji selidik separuh kedua 2016 PropertyGuru menunjukkan walaupun berlaku ketidaktentuan ketika harga rumah sukar dimiliki, kenaikan kos hidup dan isu kewangan, rakyat negara ini lebih optimis untuk membeli rumah apabila mereka semakin menerima bahawa harga rumah sukar untuk turun.

1. Pandangan bahawa pasaran hartanah lebih baik: 38 peratus pengguna menyatakan kepuasan terhadap pasaran hartanah, meningkat 10 peratus berbanding 28 peratus yang direkodkan pada separuh pertama 2016 dan lebih daripada 25 peratus yang dicatatkan pada separuh kedua 2015.

2. Kaji Selidik Pengguna PropertyGuru juga menunjukkan 58 peratus pengguna akan membeli rumah dalam enam bulan pertama 2017, sama ada untuk didiami sendiri atau bagi tujuan pelaburan. Kira-kira 38 peratus akan memilih untuk membeli rumah baharu, manakala 15 peratus memulih pasaran sekunder.

3. Pengubah industri: Pembangunan berorientasikan transit (TOD) adalah salah satu sebab harga rumah akan stabil.

4. Opsyen yang dipilih pembeli rumah kali pertama:

*Membeli di lokasi yang jauh dari bandar, namun memiliki infrastruktur pengangkutan yang baik. Ia memberi petunjuk kemunculan lokasi panas baharu hartanah di luar bandar Selangor, terletak 20-40 kilometer dari pusat bandar

*Memilih unit rumah lebih kecil di pusat bandar atau lokasi bandar lain

5. Masalah dihadapi pembeli rumah kali pertama:

*Kelayakan pinjaman: Pakar industri mencadangkan Bank Negara Malaysia (BNM) melihat semula kadar faedah dan kelayakan pinjaman berdasarkan pendapatan kasar, bukannya pendapatan bersih.

*Kemampuan: Harga hartanah yang tinggi masih menjadi kebimbangan utama kepada bakal pembeli rumah (59 peratus), diikuti oleh tempoh membeli (44 peratus) dan gagal mendapatkan pinjaman atau bayaran muka (39 peratus). Harga rumah yang tinggi diburukkan lagi oleh kenaikan kos hidup dan peningkatan gaji tidak selari dengan pertambahan perbelanjaan.

*Pembiayaan: 97 peratus responden menyatakan bahawa mereka memerlukan pinjaman rumah untuk membiayai pembelian dan 88 peratus berharap mendapat pembiayaan antara 80 hingga 100 peratus. 48 peratus responden berkata kadar pinjaman adalah terlalu tinggi.

6. PropertyGuru mencadangkan pihak berkuasa menyemak semula kelayakan pinjaman. Kebanyakan rakyat tidak dapat memiliki rumah sendiri tanpa pembiayaan. Langkah dicadangkan bagi membantu pembeli berpendapatan sederhana ialah:

*Menyemak semula kadar faedah

*Menilai kelayakan pinjaman berdasarkan pendapatan kasar (bukannya pendapatan bersih)

*Melanjutkan tempoh pinjaman kepada 40 tahun, jika boleh

*Langkah ini perlu dibenarkan terutama kepada mereka yang membeli rumah pertama berharga antara RM350,000-RM500,000.

INFO

Adakah anda berhadapan dilema untuk memilih rumah idaman anda daripada projek terbaharu yang kini berada di pasaran? PropertyGuru sedia membantu anda!

Bacalah ulasan projek terkini yang disediakan khas oleh pakar hartanah kami berdasarkan lawatan mereka ke projek berkenaan.

Ulasan ini merangkumi analisis terperinci lokasi, perbandingan harga dan potensi hartanah yang diinginkan. Layari www.propertyguru.com.my untuk mencari rumah impian anda sekarang.

Penulis ialah Ketua Pemasaran Pengguna PropertyGuru.com.my


Trending

    Disyorkan