Selasa, 25 April 2017 - 10:52PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Identiti Jong-nam disahkan melalui DNA anaknya

Oleh Suhaila Shahrul Annuar



IDENTITI mayat Jong-nam disahkan menerusi sampel DNA daripada anak mendiang sendiri. - Foto fail

SEPANG: Identiti mayat abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, disahkan menerusi sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada anak mendiang sendiri, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri, berkata sebagaimana dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, proses mengenal pasti mayat Jong-nam mengikut setiap prosedur forensik dan DNA yang diperlukan.

"Saya sekali lagi secara rasmi mengesahkan bahawa mayat itu adalah mayat Kim Jong-nam.

"Kita tahu Ketua Polis Negara sudah sahkan mayat itu mayat Kim Jong-nam dan sampel diperoleh daripada anak mendiang, " katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Perkhidmatan KUL VIP Access yang ditawarkan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan Wakil Tetap Korea Utara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kim In-ryong yang menafikan bahawa individu yang dibunuh di Malaysia adalah Jong-nam.

Selain itu, katanya, ketika ini perbincangan peringkat pegawai tertinggi Malaysia dengan Korea Utara sedang berjalan sejak Isnin lalu.

Katanya, kerajaan juga memberi perhatian serius dan mengambil kira semua aspek terhadap keselamatan sembilan rakyat Malaysia yang masih berada di Korea Utara.


Trending

    Disyorkan