Sabtu, 27 Mei 2017 - 9:45PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

`Raja Bomoh' diburu

Oleh Mohd Azrone Sarabatin



GELAGAT Raja Bomoh Datuk Ibrahim Mat Zin (tengah) yang melakukan upacara jampi yang kononnya membantu kelancaran pengurusan mayat warga Korea Utara yang masih belum lagi dituntut warisnya. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis giat mengesan Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai `Raja Bomoh' yang dikatakan 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata polis menjejaki bomoh berkenaan sejak Isnin lalu kerana disifatkan merosakkan imej Islam.

"JAWI dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) sedang berusaha menjejaki Bomoh (Ibrahim) sejak Isnin lagi untuk menangkap dan mendakwa beliau yang merosakkan imej Islam," katanya menerusi akaun Twitter rasminya, hari ini.

Semalam, Asyraf Wajdi mengingatkan orang lain supaya tidak menyebarkan upacara dilakukan Ibrahim yang dikatakan 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.

Katanya, tindakan menyebar luaskan tindakan lelaki berasal dari Teluk Intan itu secara tidak langsung mempromosikan perlakuannya seperti dimahukan supaya menjadi popular.


Trending

    Disyorkan