Khamis, 25 Mei 2017 - 1:50AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Pembangkang penipu, perangkap rakyat - PM

Oleh Luqman Arif Abdul Karim



ENTRI terbaharu di Facebook Najib Razak

KUALA LUMPUR: Rakyat dinasihati menyemak dan meneliti setiap berita yang disebarkan pembangkang supaya tidak terperangkap dengan agenda jahat mereka, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pembohongan sudah sebati dengan pembangkang, termasuk isu kilang Lynas dan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh, yang dijaja pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

"Terbukti semua ini pembohongan semata-mata. Berita yang disebarkan pembangkang bukan dibuat berdasarkan fakta yang sahih, sebaliknya untuk mengelirukan rakyat supaya marah kepada kerajaan.

"Bagi mereka, berbohong perkara biasa, asalkan dapat raih undi buat mereka," katanya menerusi entri terbaharu di Facebook rasminya, sebentar tadi.

Najib berkata, isu Lynas hangat diperkatakan angkara agenda pembangkang yang memberi gambaran seolah-olah wujud sebuah kilang nuklear yang membahayakan penduduk kerana mengeluarkan radiasi tinggi.

Bagaimanapun, katanya, isu itu kini senyap sepi, malah 'batang hidung' mereka yang mencanang pembohongan berkenaan kepada rakyat terus lesap.

"Laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa menunjukkan tahap radiasi di kawasan kilang itu sendiri lebih rendah berbanding di Kuantan.

"Sehubungan itu, menjelang PRU-14, saya menyeru rakyat semua, semak dan teliti setiap berita yang disebarkan oleh pembangkang. Jangan terperangkap dengan agenda jahat mereka," katanya.


Trending

    Disyorkan