Rabu, 28 Jun 2017 - 1:17AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Segera bantu mangsa banjir

Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi



KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar melawat kawasan Kampung Batu Rembau yang dilanda banjir kilat pada pagi tadi. - Foto Hazreen Mohamad

REMBAU: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, meminta semua agensi kerajaan berkaitan banjir mengambil tindakan segera bagi memastikan penduduk daerah ini tidak berhadapan masalah berikutan banjir kilat, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, banjir kilat pagi tadi, mungkin berulang jika hujan berterusan hari ini dan esok.

"Saya sudah minta Jabatan Bomba dan Penyelamat, membantu membersihkan rumah penduduk yang terjejas, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyampaikan bantuan esok," katanya selepas melawat Kampung Batu di sini, hari ini.

Hujan lebat sejak awal pagi tadi, menyebabkan kira-kira 20 rumah di kampung itu dilanda banjir kilat sedalam kira-kira 0.5 meter.

Khairy Jamaluddin berkata, banjir di Kampung Batu dipercayai berpunca akibat air dari bukit berdekatan yang memasuki Sungai Rembau berhampiran kampung itu.

Sementara itu, Pegawai Daerah Rembau, Amino Agos Suyub, berkata hanya 21 orang dari tiga keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Balai Raya Sungai Timun di sini sejak jam 12 tengah hari tadi.

KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar melawat kawasan Kampung Batu Rembau yang dilanda banjir kilat pada pagi tadi. - Foto Hazreen Mohamad
KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar melawat kawasan Kampung Batu Rembau yang dilanda banjir kilat pada pagi tadi. - Foto Hazreen Mohamad

Lagi Berita:

Trending

    Disyorkan