Rabu, 28 Jun 2017 - 1:15AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

STAGG tahan tukang urut, GRO, kaki judi

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Polis menahan 575 tukang urut dan pelayan pelanggan (GRO) serta 500 kaki judi, selain merampas 3,353 komputer dalam serbuan di seluruh negara sepanjang minggu lalu.

Kejayaan hasil serbuan Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter rasminya malam tadi.

"Syabas STAGG @PDRMsia gempur judi seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Tahan 500 orang dan rampas 3,353 komputer. #GoPDRMGo.

"Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tahan 575 orang GRO dan tukang urut. #GoPDRMGo," katanya.


Trending

    Disyorkan