Rabu, 28 Jun 2017 - 1:13AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Pertempuran sengit meletus di timur Damsyik


ASAP tebal berikutan serangan udara di kawasan dikuasai penentang di daerah Jobar pinggir timur Damsyik. - Foto AFP

DAMSYIK: Tentera kerajaan Syria bertempur dengan pemberontak dan melancarkan serangan bertali arus terhadap kawasan dikuasai penentang di timur Damsyik pada Isnin selepas berjaya menyekat serangan mengejut terdahulu di sini.

Pemberontak dan rakan sekutu penentang diketuai bekas anggota gabungan Al-Qaeda, Barisan Fateh al-Sham melancarkan serangan lebih awal pada Ahad di kawasan dikuasai tentera kerajaan di timur Damsyik dan beroleh hasil.

Bagaimanapun, pemerhati berkata, tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad membalas serangan menjelang waktu malam dan mula mengebom secara besar-besaran pada pagi Isnin.

"Serangan udara ternyata sengit sejak awal pagi di kawasan dikuasai pemberontak di Jobar yang memperlihatkan serangan bertalu-talu dilancarkan," kata Ketua Pemerhati Hak Kemanusiaan Syria, Rami Abdel Rahman.

Beliau tidak dapat memberikan butiran sama ada serangan dilancarkan tentera Syria atau pesawat perang milik rakan sekutu, Russia.

Penguasaan terhadap wilayah menjadi medan pertempuran selama lebih dua tahun dan kedudukan kawasan paling dekat penentang dengan Damsyik terbahagi di antara penentang dan rakan sekutu di satu tempat manakala tentera kerajaan di kawasan sebelah.

Pada Isnin, tentera rejim diasak dalam pertempuran dengan kumpulan pemberontak di kawasan perindustrian di antara Jobar dan Qabun, kawasan dikuasai penentang di utara. - AFP


Trending

    Disyorkan