Jumaat, 23 Jun 2017 - 6:30PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

City didakwa gagal kawal pemain


PENGADIL Michael Oliver dikelilingi oleh pemain City selepas Gael Clichy didapati bersalah kerana mengasari Roberto Firmino. - Foto Reuters

LONDON: Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) mendakwa pasukan Manchester City atas kesalahan salah laku susulan reaksi tidak wajar pemainnya ketika Liverpool memperoleh penalti pada minit ke-50 pertembungan kedua-dua pasukan di Etihad, semalam.

Penalti diperoleh The Reds pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menyaksikan pelawat mendahului permainan.

Susulan keputusan berkenaan, pengadil Michael Oliver dikelilingi oleh pemain City selepas Gael Clichy didapati bersalah kerana mengasari Roberto Firmino.

Bekas pemain City, James Milner menyempurnakan penalti itu ketika beberapa pemain dilihat terus membantah keputusan berkenaan.

Tuan rumah begitupun menyamakan kedudukan 18 minit kemudian menerusi Sergio Aguero.

"Ia berlaku sekitar minit ke-50 permainan dengan kelab gagal memastikan pemain mengawal diri dalam keadaan yang sepatutnya," kata badan induk itu dalam kenyataan.

City diberi tempoh sehingga jam 2 pagi Jumaat ini untuk membalas pertuduhan itu ketika ini menghuni tangga ketiga liga, satu mata mengatasi Liverpool namun ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu Chelsea. - Reuters


Trending

    Disyorkan