Jumaat, 23 Jun 2017 - 6:32PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Rombongan bekas Presiden Haiti diserang


JEAN-Bertrand Aristide (dua dari kanan) hadir ke mahkamah di Port-au-Prince untuk menjadi saksi kes pengubahan wang haram. - Foto AP

PORT-AU-PRINCE: Konvoi kereta bekas Presiden Haiti, Jean-Bertrand Aristide diserang selepas beliau tampil menjadi saksi kes pengubahan wang haram, kata peguamnya, dekat sini, hari ini.

Ratusan penyokong bekas pemimpin itu berada di sepanjang laluan, selepas beliau yang jarang muncul di khalayak hadir ke mahkamah atas perintah hakim.

"Rombongan kereta beliau diserang dan tindakan ini tidak ubah seperti cubaan membunuh. Tembakan terkena pintu belakang tempat duduk Aristide. Beliau tidak cedera tetapi seorang cedera dan sedang menerima rawatan di hospital, " kata jurucakap bekas presiden, Mario Joseph.

AFP


Trending

    Disyorkan