Khamis, 25 Mei 2017 - 3:05PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Negara masih kekurangan doktor

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman; Nadia Hamid dan Luqman Arif Abdul Karim



TIMBALAN Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

KUALA LUMPUR: Industri perubatan negara masih kekurangan doktor pada nisbah seorang doktor bagi 656 pesakit.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, antara faktor penyumbang ialah pertambahan bilangan penduduk, peningkatan beban penyakit, jangkaan rakyat yang tinggi terhadap penjagaan kesihatan dan peningkatan penggunaan perkhidmatan kesihatan.

"Ketika ini, negara memiliki 46,461 doktor dengan 35,545 daripadanya berkhidmat di sektor awam dan 12,446 doktor berkhidmat di sektor swasta.

"Justeru, negara memerlukan tambahan doktor bagi mengatasi masalah berkenaan dan mengekalkan status sebagai antara sistem perubatan terbaik di dunia," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN- Sipitang) di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Hilmi berkata, majalah International Living mengiktiraf sistem penjagaan kesihatan Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia berbanding 24 negara lain selama tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata, kajian penyelidikan Sri Lanka yang diterbitkan World Innovation Summit For Health di Doha turut memberikan pengiktirafan sama.


Trending

    Disyorkan