Khamis, 27 April 2017 - 11:09AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Tiada badan pensijilan global standard halal

Oleh Nazura Ngah



DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Ke-14 (MIHAS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Industri halal global berdepan cabaran dengan ketiadaan satu badan pensijilan standard halal peringkat antarabangsa, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, setakat ini terdapat lebih 200 badan pensijilan halal di seluruh dunia yang mengeluarkan sijil halal dan logo secara berasingan.

Bagaimanapun, katanya masih ada jalan penyelesaian bagi masalah berkenaan dan berharap semua pihak meneliti isu itu secara serius termasuk usaha memupuk pengiktirafan bersama terhadap pensijilan halal badan lain.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia berkata, kesedaran dan pemahaman mengenai halal yang masih rendah turut memberikan cabaran kepada industri halal global.

"Cabaran besar lain dihadapi industri halal adalah untuk mendukung integriti halal," katanya pada majlis perasmian Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Ke-14 (MIHAS) 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.

MIHAS 2017 anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) membabitkan penyertaan 580 pempamer dari 33 negara termasuk negara ASEAN, Palestin, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki, Brazil, Afrika Selatan, China, Jepun dan Taiwan.

Penganjur mensasarkan 25,000 pengunjung mengunjungi MIHAS yang disifatkan pameran dagangan halal terbesar dunia.


Trending

    Disyorkan