Selasa, 11 April 2017 | 2:53pm
MEIZU M5 Note.

Meizu lancar model telefon pintar baharu


MEIZU Pro 6 Plus

KUALA LUMPUR: Pembuat telefon bimbit dari China, Meizu, membuat kemunculan dalam pasaran peranti mudah alih tempatan menerusi pelancaran dua model telefon pintar, Pro 6 Plus dan M5 Note, hari ini.

Model telefon pintar itu disasarkan kepada pengguna muda berusia dalam lingkungan 15 hingga 30 tahun.

Pengarah Rantau Asia Pasifik Meizu Technology, Gary Xu berkata Malaysia adalah pasaran terbaharu syarikat berkenan selepas bertapak di beberapa negara lain di benua Eropah, Asia Barat dan juga Asia.

Beliau berkata, pasaran negara ini juga dipilih sebagai pemacu untuk pihaknya meneroka potensi di negara Asia Tenggara yang lain.

"Menerusi kajian yang dijalankan, rantau Asia menerajui dunia dalam aspek penggunaan dan pemilikan telefon pintar.

"Justeru, Meizu komited untuk memenuhi kehendak pengguna seterusnya menjadikan jenama telefon pintar ini lebih dikenali di sini," katanya pada majlis pelancaran model telefon bimbit itu, di sini, hari ini.

Harga pasaran bagi model Pro 6 Plus adalah RM1,999 dan RM849 untuk model M5 Note.

Telefon pintar itu diedarkan secara eksklusif oleh Dynamics Distribution Sdn Bhd.Xu berkata, antara pembaharuan yang dibuat kepada telefon pintar baharu itu adalah fungsi butang satu sentuhannya," katanya.

Info:

* Meizu ditubuhkan pada 2003 dan berpangkalan di Zhuhai, China

* Mempunyai lebih 4,000 pekerja di seluruh dunia.

Berita Harian X