Jumaat, 28 April 2017 - 8:14PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

KDN keluar surat tunjuk sebab kepada Nanyang Siang Pau

Oleh Magendran Rajagopal



KETUA Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil ketua pengarang akhbar harian Nanyang Siang Pau Sdn Bhd hari ini, berhubung karikatur berunsur menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini, berkata perbuatan itu mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kerana menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan prasangka buruk terhadap orang atau kaum lain.

"Ia juga secara tidak langsung seolah-olah mempersendakan Parlimen dan agama Islam kerana Rang Undang-undang (RUU) 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah berkait dengan hal ehwal agama Islam.

"Sehubungan itu, satu surat tunjuk sebab bertarikh hari ini (11 April 2017) dikeluarkan kepada akhbar harian berkenaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

"Penerbit Nanyang Siang Pau Sdn Bhd diberi tempoh tiga hari untuk menjawab surat tunjuk sebab ini dan tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan peraturan serta prosedur yang ditetapkan," katanya.


Trending

    Disyorkan