Rabu, 26 April 2017 - 2:36AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Mydin Mart baharu di Padang Jawa

Oleh Norrasyidah Arshad



ORANG ramai tidak melepaskan peluang berbelanja pada hari pertama pembukaan Majlis Pelancaran Mydin Mart Padang Jawa, Shah Alam. - Foto Intan Nur Elliana ZaKARIA

SHAH ALAM: Syarikat Tri Shaas Sdn Bhd membuka cawangan baharu pasar raya francais Mydin Mart di Padang Jawa, Seksyen 16, dekat sini, dengan pelaburan sebanyak RM6 juta.

Pengarah Eksekutifnya, Shaakir Siraj, berkata Mydin Mart mula beroperasi hari ini di dua tingkat bangunan Suria Jaya di sini, di premis seluas 1,554.8 meter persegi.

Katanya, lokasi strategik dan berhampiran kediaman menjamin keuntungan selain menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

"Mydin kini mempunyai 323 cawangan dengan 11 konsep perniagaan dan paling banyak adalah Kedai Rakyat 1Malaysia iaitu 178 premis.

"Cawangan Padang Jawa ini adalah Mydin Mart kelima selepas Johor Bharu, Nilai, Shah Alam dan Seri Muda," katanya pada sidang media Majlis Pembukaan Mydin Mart Padang Jawa, di sini, hari ini.

Shakir berkata, premis baharu itu didirikan dengan mengambil kira faktor sosioekonomi dan demografi masyarakat setempat.

Dengan berkonsepkan harga borong dan slogan 'Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!', ia memudahkan penduduk mendapatkan barangan keperluan pada harga borong atau pukal dengan akses lebih mudah.

"Mydin Mart Padang Jawa menggalakkan organisasi kerajaan, swasta dan individu menjalankan tanggungjawab korporat sosial (CSR) kerana kita menawarkan harga borong.

"Dengan Ramadan yang bakal menjelma, pembelian borong menjimatkan boleh dilakukan di sini," katanya.


Trending

    Disyorkan