Jumaat, 26 Mei 2017 - 9:05PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

11 artis gegar Akustikaloka 2.0

Oleh Feride Hikmet Atak


KUALA LUMPUR: Kejayaan dan sambutan menggalakkan diterima pada penganjuran pertama persembahan muzik Akustikaloka 3, Mac lalu, membolehkan projek berkenaan dipersembahkan bagi siri kedua mulai 19 hingga 23 April ini.

Dianjurkan oleh Asmaraloka Ventures, kali ini persembahan Akustikaloka 2.0 menampilkan 11 penyanyi seperti kumpulan Nastia, Radhi OAG, Eyza Bahra, Zulin Aziz, Asmidar, Hani & Zue serta Sevencollar T-Shirt.

Penganjurnya, Ayop Azril, berkata pemilihan artis pada acara kali ini dilakukan dengan melihat kepada kualiti dan kelainan genre muzik, yang menjadikan Akustikaloka 2.0 lebih istimewa dan berwibawa.

"Sebenarnya, apabila penganjuran pertama dijayakan, ia sekadar bagi merancakkan program seni muzik indie yang dilihat semakin dipandang sepi.

"Tak sangka pula sambutan sangat menggalakkan, maka Akustikaloka 2.0 kini dapat dianjurkan. Berbanding Akustikaloka lalu, kali ini pengkarya diletakkan mengikut hari yang ditetapkan.

"Hanya dua artis bakal muncul pada setiap malam, manakala pada Sabtu, kami menampilkan tiga artis," katanya kepada BH Online.

Acara persembahan berkenaan berlangsung pada jam 9 malam di Studio Revolution Stage, One Avenue, Dataran Pelangi Utama. Tiket menyaksikan persembahan dijual pada harga RM30 (satu malam).

Sementara itu, Ayob juga bersyukur apabila artis popular Yuna dan beberapa badan persatuan memberi sokongan untuk mempromosikan malam persembahan itu, selain menghulurkan bantuan peralatan serta tenaga kerja.

"Sebagai contoh, YunaRoomRecords menjadi rakan sokongan yang memberi kerjasama daripada segi artis dan promosi.

"Memandangkan projek ini tidak mempunyai dana yang kukuh, kerjasama dan hubungan antara penggiat seni muzik amatlah diperlukan," katanya.


Trending

    Disyorkan