Jumaat, 26 Mei 2017 - 9:00PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Enam kedai terbakar

Oleh Kandau Sidi

kandau@bh.com.my 


ANGGOTA bomba giat memadam kebakaran enam unit rumah kedai di Miri, tengah hari tadi. - Foto Kandau Sidi

MIRI: Enam unit rumah kedai musnah dalam kebakaran bangunan kedai berhampiran sebuah pasar raya di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, tiga unit rumah kedai musnah sepenuhnya, manakala tiga lagi terbakar antara 30 hingga 40 peratus.

Bagaimanapun, semua penghuni dilaporkan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Terry Robson, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.15 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dikerah ke lokasi dan mengawal kebakaran pada jam 1.20 tengah hari.

"Kerja memadam kebakaran masih dilakukan dan punca kejadian belum dikenal pasti," katanya.


Lagi Berita:

Trending

    Disyorkan