Jumaat, 26 Mei 2017 - 9:08PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

100 Pemuda UMNO Pasir Puteh ikuti konvoi

Oleh Rokaid Chik



AHLI pergerakan Pemuda UMNO dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising mengikuti konvoi bermotosikal sejauh kira-kira 100 kilometer ke Penarik, Setiu, Terengganu bermula di Selising. - Foto Rokaid Chik

PASIR PUTEH: Seramai 100 ahli pergerakan Pemuda UMNO dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising mengikuti konvoi bermotosikal sejauh kira-kira 100 kilometer ke Penarik, Setiu, Terengganu bermula di Selising, di sini, petang ini.

Konvoi bertemakan 'Ride To Penarik' anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Kelab Motosikal Selising dan Kelab Sukan Rekreasi Komuniti Parlimen Pasir Puteh itu adalah sebahagian daripada langkah mengukuhkan hubungan dua hala antara ahli pergerakan Pemuda UMNO Pasir Puteh dan Setiu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Mohamad Yusri Ismail, berkata sebelum tiba di Penarik, Setiu, peserta konvoi terbabit akan singgah di beberapa destinasi termasuk di Besut untuk mengikuti pelbagai aktiviti diatur.

"Konvoi muhibah antara dua Bahagian UMNO (Pasir Putih dan Setiu) ini kali pertama diadakan bagi merapatkan lagi hubungan dua hala selain berkongsi idea serta bertukar-tukar fikiran menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

"Kami berbangga kerana ramai anak muda khususnya pembabitan semua ketua Pemuda UMNO cawangan di DUN Selising menyertai konvoi ini," katanya ditemui selepas melepas peserta Konvoi Muhibah Ride To Penarik, di hadapan Stesen Minyak BHP Selising, di sini, sebentar tadi.

Mohamad Yusri berkata, sebaik tiba di Penarik, Setiu, peserta konvoi berkenaan akan disambut ahli pergerakan Pemuda Setiu yang diketui ketuanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.

"Sebagai ahli pergerakan Pemuda UMNO saya berbangga apabila peserta bersemangat dan sanggup menghadapi pelbagai cabaran terutama cuaca panas ketika ini bagi menjayakan program berkenaan," katanya.


Lagi Berita:

Trending

    Disyorkan