Selasa, 27 Jun 2017 - 2:59AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

SKMM nafi rakam, rekod panggilan telefon, WhatsApp

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim



DATUK Jailani Johari. - Foto Supian Ahmad

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia menafikan mengeluarkan peraturan baharu kononnya semua panggilan telefon dan medium media sosial, dirakam serta dipantau kementerian itu.

Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari, berkata peraturan yang tersebar di media sosial itu adalah palsu.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kenyataan berhubung perkara terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan kononnya dikeluarkan oleh SKMM itu mendakwa semua panggilan telefon akan direkodkan selain komunikasi menerusi aplikasi media sosial WhatsApp, Twitter dan Facebook akan dipantau.

Kenyataan itu turut mendakwa peranti komunikasi (telefon pintar) orang ramai disambungkan kepada sistem kementerian dan setiap maklumat yang dimuat naik di WhatsApp dipantau 24 jam oleh SKMM.


Trending

    Disyorkan