Rabu, 28 Jun 2017 - 4:52AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Gamuda Land perkenal rakan niaga utama di Quayside

Oleh Ruwaida Md Zain



PENGURUS Besar Runcit Gamuda Land, Herbie Tan (tiga dari kanan) Chee Meng (kanan) dan Sei Cheh (dua dari kanan) serta rakan kerja twentyfive.7 bergambar bersama replika

SYARIKAT pemaju hartanah terkemuka, Gamuda Land, semalam memperkenalkan beberapa rakan niaga utama yang bakal beroperasi di Pusat Komersial Quayside, di pembangunan twentyfive.7 di Shah Alam.

Pengurus Besar Gamuda Land, Aw Sei Cheh, berkata antara rakan niaga terbabit adalah pawagam MBO, Restoran Tai Thong, Jaya Grocer, My DIY, B.bap, Caring Pharmacy, Guardian Pharmacy, Watson Pharmacy, Poliklinik Shaik dan Klinik Pergigian Ooi & Khor.

Katanya, berkeluasan 300,000 kaki persegi (27,871 meter persegi), Quayside sesuai untuk menempatkan 110 kedai runcit.

"Kami tidak bercadang untuk menjual unit kedai kerana kami ingin mengawal sepenuhnya hartanah ini. Pada masa sama, kami menyediakan penyewa yang memenuhi kehendak masyarakat di perbandaran itu," katanya pada majlis memperkenalkan penyewa Quayside, di Shah Alam, baru-baru ini.

Selain kemudahan kedai dan restoran, Quayside turut menempatkan ruang dipanggil 'Designer District' untuk pereka cipta serta syarikat baharu beroperasi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land, Ngan Chee Meng, berkata Quayside akan siap dalam fasa pertama twentyfive.7 bagi memastikan penduduk mempunyai tempat untuk menjamu selera, membeli-belah serta menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga di situ.

"Kami berterima kasih kepada semua rakan niaga yang menyertai kami di Quayside yang menjadikan  twentyfive.7 destinasi hebat di kawasan ini. Saya pasti mereka semua teruja kerana kami amat mengalu-alukan mereka," katanya.

Chee Meng berkata, sebagai sebuah bandar sempurna dan berkualiti, pastinya Quayside dilengkapi kediaman, tempat kerja, taman beriadah, pusat beli-belah dan medan selera.

"Di twentyfive.7, kami tahu tempat ini perlu berdekatan 'waterfront' bagi mewujudkan suasana yang menceriakan komuniti setempat. Oleh itu, kami wujudkan Quayside.

"Apabila ia diwujudkan, secara tidak langsung penghuni bandar dapat merasai semangat kekitaan di dalam kawasan kejiranan mereka iaitu sebuah komuniti berkualiti," katanya.

Beliau berkata, reka bentuk dan perancangan kawasan kediaman di twentyfive.7 juga amat menggalakkan hubungan dan interaksi antara masyarakat.

"Terdapat tempat beriadah kejiranan dan taman permainan khas, taman 'linear' di lorong belakang rumah dan hadapan rumah ke kawasan pinggiran air membolehkan penduduk berhubung satu sama lain dan alam sekitar," katanya.


Trending

    Disyorkan