Isnin, 29 Mei 2017 - 9:30PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Belalai air di Kuala Perlis

Oleh Ili Shazwani


KANGAR: Orang ramai yang melalui kawasan pinggir pantai Kuala Perlis di sini, petang tadi, tergamam menyaksikan fenomena belalai air yang berlaku tidak jauh dari pesisir pantai Kuala Perlis.

Keadaan itu menyebabkan ramai yang memberhentikan kenderaan masing-masing untuk menyaksikan pembentukan belalai air itu.

Sementara itu satu rakaman video berdurasi kira-kira 15 saat turut tersebar melalui laman WhatsApp yang memaparkan pembentukan belalai air berkenaan.

Sebelum ini rakaman video turut tersebar mengenai fenomena sama di kawasan laut di Jambatan Pulau Pinang ketika hujan lebat hampir dua jam melanda kawasan terbabit.

Belalai air ialah fenomena puting beliung kecil yang biasanya berlaku di pesisiran pantai dan tidak berbahaya.

BELALAI air ialah fenomena puting beliung kecil yang biasanya berlaku di pesisiran pantai dan tidak berbahaya. - Foto ihsan pembaca
ORANG ramai memberhentikan kenderaan untuk menyaksikan fenomena belalai air di Kuala Perlis, petang tadi. - Foto ihsan pembaca

Trending

    Disyorkan