Rabu, 28 Jun 2017 - 1:22AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Zahasmi gembira TRW tetap menyengat

Oleh Asrol Awang



PEMAIN Kelantan, Mohamad Ghaddar (22) menjaringkan gol ketika menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Darul Makmur, malam tadi. Gambar kecil, Zahasmi Ismail. - Foto Muhd Asyraf Sawal

KUANTAN: Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail memuji komitmen barisan The Red Warriors (TRW) selepas terus mengekalkan rekod cemerlang tanpa kalah di tempat lawan dengan menumpaskan Pahang 3-2 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Menurutnya, kemenangan yang turut meleburkan rekod bersih Pahang di laman sendiri itu membuktikan isu pemotongan enam mata tidak menjejaskan persembahan anak buahnya yang tampil memperagakan aksi kemas.

"Saya gembira kerana kami masih dapat mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat lawan, apatah lagi, kami sedar Pahang adalah pasukan yang kuat dan tidak pernah tewas di gelanggang sendiri musim ini.

"Tetapi berkat usaha keras dan semangat juang tinggi, tiga mata akhirnya menjadi milik kami," katanya.

Zahasmi juga memuji sumbangan Alessandro Celin yang menjaringkan gol pendahuluan kerana beraksi dengan baik walaupun baru pulih daripada kecederaan.


Infografik

Trending

    Disyorkan